Monday, August 24, 2009

tinta hitam dari hati kecil...



orang ckp... :

  • xpelah kalau setakat msg,bkn jmpa pn,,xde masalah lah..bkn wat maksiat pn.
  • eh,nk tau x...tp lelaki 2 senyum kat akulah...dia mintak nombor.hensem plak 2.
  • apelah kolot sgt.bkn aku pegang tgn dia pn.stakt bg gmbr,hantar comment kat page dia..bkn nye wat pape pn..kalo call pn,bkn aku wat pape pn..xpenah aku tau pasl kalo call borak2 kosong je.bkn ceta pasl cintan2 nie.
Ha,ape kata ISLAM?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

ianya patot dijauhkan melainkan :

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

  1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.

  2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

  3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.

  4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar.

  5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.

  6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.

  7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.

  8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.

  9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.

  10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.

sahabat yg dikasihi,sedarlah bhw,maksiat hati tkadang menguasai jiwa dan fikiran kita,,,jagalah hatimu,agar tidak dikotori oleh nafsu yg mbakat diri..

tegaskan pendirian mu...jg lah akhlakmu..



p/s:jika antum nk kn maklumat lajut,layarkan diri di sini (^_^)

http://remajaisma.wordpress.com/2009/07/10/ikhtilat/

3 comments:

  1. hoho...asal rasa cam kne tembak??????huhu

    ReplyDelete
  2. agak terasa la....cam ner ni????hehehe
    xnak tolong??? :p

    ReplyDelete
  3. cm kena rtembak? sy mcm kna bom ni..hehe
    sy nk tolong...dh tolong cket dh~
    asek jmpa sk 11 je...hehe

    ReplyDelete