Thursday, August 27, 2009

BERSAMAMU PALESTIN..DI SEBALIK KEHADIRAN SAYA

alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala..
kita masih lg merasa nikmatnya yg xdpt di balas dgn kata2 shj..

bagaimana iman kita hari ini? ada improvement? (^_^)
selalu lah update iman kita..
kadang2 kita tlupa pd ALLAH.. tak percaya?tepuk dada,tanya iman..

tsebut kisah...saya dan rakan2 ISMA pergi ke pusat dakwah negeri sembilan,
orang kata nk tambah ilmu dan menyumbang utk palestin..dapatlah tinjau2 jalan2 cket..

smpai di sana,kami ronda2 gerai2 yg sarat dgn barang2 ilmiah,palestin t shirt dan lain...
tiba2 sy terlihat buku yg menarik...
(mgkn orang lain nengok,xmenarik kowt cz caver xlawa mana =,=)
tp sy bkn lah org yg "judge the book by its cover..wee"
sy nengok yajuk bukunya....memg sy idam2 kn...

ni dia....BIO MEKANIK SOLAT...
KAEDAH KEMAHIRAN KHUSYUK MELALUI FITRAH BIOLOGI DAN TERAPI.

menarik kn...ya Allah,Kau bantu aku utk dpt kn cintaMU,,,,alhamdulillah...
memg mberi impak yg besar bg saya...
wpun dah tau kepentingan khusyuk,tp hakikatnya nk dpt knnya memg susah..
ibarat mencari ilmu,tp kena panjat gunung everest...dah smpai puncak,kena ribut,
xsempat nk tuntut ilmu...g2 lah...

banyak sgt kaedah tentang khusyuk dlm buku ni,
emm...tentang solat,semuanya bermula dgn wudhu'...adakah wudhu' kita sempurna?
betulkah niat kita betul? kekadang lupa dah niat ke belum.. =,=

1 fakta yg dikongsi...jika kita dah basuh muka contohnya..air wudhu' nya akan menitik nitik kn..?
jika semasa kita nk tadah air utk basuh muka kali kedua tp air yg menitik 2 tcmpur dgn air baru,
maka tidak sah solat (betulkan jika salah)

air jgn lah mebazir...
ada yg gunakan berlebihan,mcm nk padam 1 klcc yg terbakar (hiperbola)
berpada2,,,nk jd kwn syaitan? ikotlah bisikannya..pasti jd top fwen...

bg post akan dtg,kita bincangkan ttg khusyuk solat pula yaa..tunggu..
sabar itu separuh dr iman...

Monday, August 24, 2009

tinta hitam dari hati kecil...



orang ckp... :

  • xpelah kalau setakat msg,bkn jmpa pn,,xde masalah lah..bkn wat maksiat pn.
  • eh,nk tau x...tp lelaki 2 senyum kat akulah...dia mintak nombor.hensem plak 2.
  • apelah kolot sgt.bkn aku pegang tgn dia pn.stakt bg gmbr,hantar comment kat page dia..bkn nye wat pape pn..kalo call pn,bkn aku wat pape pn..xpenah aku tau pasl kalo call borak2 kosong je.bkn ceta pasl cintan2 nie.
Ha,ape kata ISLAM?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

ianya patot dijauhkan melainkan :

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

  1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.

  2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

  3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.

  4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar.

  5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.

  6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.

  7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.

  8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.

  9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.

  10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.

sahabat yg dikasihi,sedarlah bhw,maksiat hati tkadang menguasai jiwa dan fikiran kita,,,jagalah hatimu,agar tidak dikotori oleh nafsu yg mbakat diri..

tegaskan pendirian mu...jg lah akhlakmu..



p/s:jika antum nk kn maklumat lajut,layarkan diri di sini (^_^)

http://remajaisma.wordpress.com/2009/07/10/ikhtilat/

Sunday, August 23, 2009

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan..hanya btahan lapar dan minum shj?



marhaban ya ramadhan

kedatangannya dinantikan,
ketiadaannya dirindukan,

pemergiannya ditangiskan...

ahlan wasahlan syahr Ramadhan..


TAQWA yang bakal digenggam oleh semua mukmin
apabila menyambut kedatangan Bulan Ramadhan dengan puasa
yang telah disyariatkan sepertimana firmannya dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa

Ramai manusia beranggapan...
"aku puasa,xmakan,xminum,cukuplah,
dapat pahala puasa jgk,ape nk risau"

hakikatnya,bulan ramadhan adalah bulan di mana
kita sbg umat islam perlu menahan segala nafsu
yg di larang pd bulan penuh barakah ini...

cth: makan,minum,mengumpat,mcaci,mengata,mencuri, byk lg contoh yg boleh mengurangkan pahala puasa.. sia sia lah puasa jika tidak tahan dgn semua nafsu jahat ini... lebih2 lagi jika dekat nk raya, masa 2 lah nk shopping...ala ala mega sale... lupa bhw pbaziran akan blaku...



basic nya bila kita belajar di sekolah dulu,
ini perkara yg boleh mbatalkan puasa.
ini dia (^_^)

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
  • Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
  • Bersalin
  • Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
  • Kedatangan haid bagi perempuan
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
  • Murtad

tp apa yg penting ialah,jauhi perkara yg boleh mengurangkan pahala...

krn tkadang kita lupa akannya

selamat beramal :)









Friday, August 21, 2009

tandas israel


tandas israel


Israel kembali melakukan penghinaan terhadap simbol-simbol Islam.
Media massa Israel baru-baru ini melansir foto sarana buang air kecil
yang dikeluarkan sebuah perusahaan di Israel, berbentuk perempuan berjilbab.


Jenis tempat buang air kecil ini, menurut media massa Israel
sangat laris di p asaran Israel.


Sejumlah sumber seperti dikutip Albawaba menyebutkan bahwa
bentuk toilet itu memang diarahkan untuk menghina
simbol Islam dan kaum Muslimin.
Produk pertamanya berasal dari AS dan diimpor ke Israel.
Kini, bentuk toilet seperti
ini sangat banyak didapati di Israel.



pokok berkata kata..tanda baru kiamat?


rasulullah telah bersabda:

"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia!. Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".

telah berlaku di Ramallah,pokok berkata kata

Ya Allah,,kuasa Allah bkn? Subhanallah...!
jika sbln ni kita hanya mdengar hadith dan menunggu saat ini tiba,
tp kini mjadi realiti,bkn?

Allah Maha Berkuasa..
Syeikh Ahmad Yasin menyatakan semasa dihubungi oleh pihak akhbar melalui telefon: "Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telahpun berlaku dan masa akan datang menyaksikan tanda-tanda lain dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dari berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah SWT akan datang dan ianya tidak mustahil berlaku. Perkara ini juga mengembalikan kekuatan barisan pejuang-pejuang Islam di Palestin..

Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yasin, dimana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel. Semasa di pertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan diantara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut. Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri.

Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut. Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital. Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang kali memanggil mereka dan akhirnya mereka mendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka.



Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan. Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokok tersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut. Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi. Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital.

Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut. Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian.


Bantuan Allah telah tiba...
Islam akan dibela...
sabarlah sahabatku,keluargaku di palestin...
kamu semua akan dibela..

pokok gharqad yang dipanggil 'pokok yahudi'
juga dipanggil gharqad boxthorn



Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.





Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

moga kwn2 mdapat sedikit sebanyak info...
moga mjadi pengajaran di sini...
kiamat akan dtg,,bangunlah sahabat,,,jgn lah hanya melihatnya sbg suatu yg remeh,,,,

Wednesday, August 19, 2009

Luahan Hati


lelaki yg kami rindui,
hanya iman penggerak hidupnya,
tiangnya agama,
batinnya taqwa,
ilmu teguh didada,
hatinya sarat cinta,
kpd Allah dan rasulNya,
sulunhnya bkn nafsu semata,
tp ihsan kaya di jiwa...


lelaki yg kami rindui,
terhibur dgn kalamullah,
terasa manis dgn zikrullah,
rindukan perjuangan rasulullah,
cintakan sunah kekasih Allah,
gagah menangkis mehnah,
di akhir zaan yg penuh fitnah...

lelaki yg kami rindui,
mengemudi bahtera rumah tangga,
petunjuknya al-Quran,
petanya sunah junjungan...

panjinya Islam,
sauhnya Iman,
layarnya taqwa,
pakaiannya sabar,
semangatnya membara,
setiap ketika,
menggamit ketaatan...



lelaki yg kami rindui,
malamnya syahdu dgn tangisan,
tidak terbuai dek lena yg panjang,
munajatnya pilu,penuh keinsafan,
sujudnya penuh kehambaan...

gentarnya neraka jahannam,
agar tak menyentuh anak isteri tersayang...

lelaki yg kami rindui,
mengenal kami cinta hakiki,
Cinta Illahi itulah visi,
agar hidup diiringi Robbi,
bersih dr tipuan iblis...

dan lelaki yg kami rindui,
membentangkan kami permaidani muhasabah,
kata-katanya adalah tazkirah,
senyumannya adalah nasihah,
dan telunjuknya adalah arah,
agar tetaplah kami penuh hebah,
di atas landasan Islam yg indah,
hingga ke titisan darah...

Tuesday, August 18, 2009

mimpi jd nyata..??

bismillahirrahmainirrahim,,,,



Allah...apa maksud tersirat yaa..??
alhamdulillah,,,syukur ana kehadrat Illahi..
kerana ana dpt cipta blog yg sederhana ni (^_^)

tdetik nak kongsi cerita dgn rakan2 seperjuangan ana yg xkurang hebat kongsi ilmu...
ana pn nk kongsi....boleh kn...??
alhamdulillah....

kalau ade masa,ana update kn lg warkah utk kwn2 yaa ... (n_n)

wassalam...