Monday, September 14, 2009

ZIONIS CULIK 5 REMAJA GAZA



Pusat hak asasi manusia Al Mezan melaporkan bahawa tentera rahsia rejim Zionis menculik 5 remaja Palestin ketika memasuki bandar Bait Lahia di utara Gaza pada hari Ahad, 6 September lalu.

Menurut hasil siasatan Al Mezan, tentera pengganas Israel telah menyeludup masuk ke Beit Lahia setelah menyeberangi kawasan bekas penempatan Nizanit. Mereka memasuki kawasan utara perkampungan puak Badwi di Um Al Nasser dan seterusnya meledakkan bahan letupan.

Selepas itu, tentera tersebut menculik 5 orang remaja Palestin yang sedang mengembala biri-biri di kawasan berkenaan. Penculikan itu berlaku hanya beberapa minit sebelum masuknya waktu berbuka puasa.

Remaja-remaja tersebut dikenali sebagai Mohammed Arafat Abu Khusa, 17 tahun, Ibrahim Shehda Abu Jarad, 16 tahun, Sameh Abdul Qader Abu Hashish, 15 tahun, Freeh Qasem Abu Hashish, 13 tahun, dan ‘A’ed Hazaa’ Abu Hashish, 16 tahun. Al Mezan turut menjelaskan bahawa pasukan tentera Israel menggunakan bantuan helikopter untuk melindungi tentera rahsia tersebut dengan melepaskan tembakan ke kawasan utara dan timur sempadan perkampungan Badwi tersebut.

Semua remaja yang ditangkap dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Al Mezan mengutuk kejadian penculikan remaja tersebut dan serangan berterusan Israel ke atas penduduk awam Palestin di Gaza. Tindakan rejim Zionis mengenakan sekatan berterusan dan perlanggaran hak asasi manusia yang semakin meningkat di Gaza juga turut mendapat kecaman hebat.

Al Mizan turut menyelar sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa yang jelas memberi galakan kepada Israel untuk meneruskan keganasan dan melanggar undang-undang antarabangsa.


BERSAMA SAMA KITA DOAKAN AGAR MEREKA DITEMUI DAN DIBEBASKAN DR KECAMAN ZIONIS....MOGA ALLAH MEMBANTU MEREKA.....

Edisi Ramadhan-Tugas Dtg Tiba2 :)

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah,,,masih lagi bernafas di dunia penuh dgn dugaan....

sy baru perasan yg sy dah di tag oleh saudari faenadira,,,,emmm,,,
patotlah semua post same je dr kwn2 yg lain...upenye kita pn tmasuk jgk kna wat bnda yg sama,, =)

Soalan2 nya......

NAMA TIMANGAN

ehem,,,,dr kecik kuarga panggil kak long,,,anak sulung katakan,,,,cucu sulung belah ayah (^_^)
org kampung semua panggil kak long,,,,jmpa sesape pn msti panggil...xkn panggil shakila...
tp bila dtanya 'nama betol kak long ni ape ye?'
jwn nya "ntah lah...aku xtau pulak,,panggil kak long ckup"
upenye xtau nama sbnr kita ape.... sob sob (~,~)

ade yg panggil kila...ceta pasal kila ni....
dulu masa kat skolah,,,lak lah nama kila kat depan meja...
sng cekgu nak panggil...
tiba2 cekgu BM (cekgu aziz) assalamu'alaikum cekgu!
beliau ckp kila ke,,,killer?
huhu,,,smpai hati beliau...

ANDA SEORANG YANG....

yg kuat mcm badang (dlm mimpi)
yg pemalu...(emmmm.....?)
biase2 je....biarlah org lain yg tafsir..sbb kita dilihat org,,,org yg dpt nilai kita...

INSAN YG TERISTIMEWA?
mak,ayah,abang ngah,adik,atok,nenek...dll
suami...tiada calon lg

LAGU KESUKAAN ANDA?

sa'ad al-ghamidi....pasrah segalanya,the messenger of Allah,selamatkan dunia

MAKANAN KESUKAAN ANDA?


alamak....semua suka,,,kecuali peria...
kurma ibarat keropok (ok x perumpamaan 2?) 10 biji xcukup

SIKAP YG MEMBUATKAN ANDA STRESS??



diri sendiri : terasa nk makan selalu...stress je nnti pk pasl nk makan ape... (^_^)
kwn2 : mengumpat,tp xnk tegur terus kpd org yg di umpat... tmbah dosa,tp org yg di umpat xberubah jgk,sbb xdi tegur oleh org yg mengumpat dia... (ok x ayat nie? maaf ye kalau pening)

sikap2 yang lain boleh dikawal =)

WARNA KEGEMARAN ANDA


of course putih. rose putih, tp xminat kasot puteh sbb nti cepat kotor...xnk warna puteh ku di cacatkan...(^_^)

BARANG YANG MESTI ADA DALAM BEG?


kad pengenalan, dompet,kad matric,buku catatan,pen,handphone sometimes


KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS

13 september 2009....nengok ceta kat OASIS...


khas untuk fatenadira tersayang....umum kpd semua yg membaca.....