Tuesday, December 29, 2009

kwn2 ku sayang

assalamu'alaikum...

kwn2 ku...
sy x ada broadband jd xdpt publish blog yg panjang2...
dn xdapat post ape2 yg menarik...
kpd cik faten...jap lagi kalau dpt wireless,sy publish ye...
sorry sgt2 baru dpt bkak blog~

=(
insan sedih

Monday, September 14, 2009

ZIONIS CULIK 5 REMAJA GAZA



Pusat hak asasi manusia Al Mezan melaporkan bahawa tentera rahsia rejim Zionis menculik 5 remaja Palestin ketika memasuki bandar Bait Lahia di utara Gaza pada hari Ahad, 6 September lalu.

Menurut hasil siasatan Al Mezan, tentera pengganas Israel telah menyeludup masuk ke Beit Lahia setelah menyeberangi kawasan bekas penempatan Nizanit. Mereka memasuki kawasan utara perkampungan puak Badwi di Um Al Nasser dan seterusnya meledakkan bahan letupan.

Selepas itu, tentera tersebut menculik 5 orang remaja Palestin yang sedang mengembala biri-biri di kawasan berkenaan. Penculikan itu berlaku hanya beberapa minit sebelum masuknya waktu berbuka puasa.

Remaja-remaja tersebut dikenali sebagai Mohammed Arafat Abu Khusa, 17 tahun, Ibrahim Shehda Abu Jarad, 16 tahun, Sameh Abdul Qader Abu Hashish, 15 tahun, Freeh Qasem Abu Hashish, 13 tahun, dan ‘A’ed Hazaa’ Abu Hashish, 16 tahun. Al Mezan turut menjelaskan bahawa pasukan tentera Israel menggunakan bantuan helikopter untuk melindungi tentera rahsia tersebut dengan melepaskan tembakan ke kawasan utara dan timur sempadan perkampungan Badwi tersebut.

Semua remaja yang ditangkap dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Al Mezan mengutuk kejadian penculikan remaja tersebut dan serangan berterusan Israel ke atas penduduk awam Palestin di Gaza. Tindakan rejim Zionis mengenakan sekatan berterusan dan perlanggaran hak asasi manusia yang semakin meningkat di Gaza juga turut mendapat kecaman hebat.

Al Mizan turut menyelar sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa yang jelas memberi galakan kepada Israel untuk meneruskan keganasan dan melanggar undang-undang antarabangsa.


BERSAMA SAMA KITA DOAKAN AGAR MEREKA DITEMUI DAN DIBEBASKAN DR KECAMAN ZIONIS....MOGA ALLAH MEMBANTU MEREKA.....

Edisi Ramadhan-Tugas Dtg Tiba2 :)

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah,,,masih lagi bernafas di dunia penuh dgn dugaan....

sy baru perasan yg sy dah di tag oleh saudari faenadira,,,,emmm,,,
patotlah semua post same je dr kwn2 yg lain...upenye kita pn tmasuk jgk kna wat bnda yg sama,, =)

Soalan2 nya......

NAMA TIMANGAN

ehem,,,,dr kecik kuarga panggil kak long,,,anak sulung katakan,,,,cucu sulung belah ayah (^_^)
org kampung semua panggil kak long,,,,jmpa sesape pn msti panggil...xkn panggil shakila...
tp bila dtanya 'nama betol kak long ni ape ye?'
jwn nya "ntah lah...aku xtau pulak,,panggil kak long ckup"
upenye xtau nama sbnr kita ape.... sob sob (~,~)

ade yg panggil kila...ceta pasal kila ni....
dulu masa kat skolah,,,lak lah nama kila kat depan meja...
sng cekgu nak panggil...
tiba2 cekgu BM (cekgu aziz) assalamu'alaikum cekgu!
beliau ckp kila ke,,,killer?
huhu,,,smpai hati beliau...

ANDA SEORANG YANG....

yg kuat mcm badang (dlm mimpi)
yg pemalu...(emmmm.....?)
biase2 je....biarlah org lain yg tafsir..sbb kita dilihat org,,,org yg dpt nilai kita...

INSAN YG TERISTIMEWA?
mak,ayah,abang ngah,adik,atok,nenek...dll
suami...tiada calon lg

LAGU KESUKAAN ANDA?

sa'ad al-ghamidi....pasrah segalanya,the messenger of Allah,selamatkan dunia

MAKANAN KESUKAAN ANDA?


alamak....semua suka,,,kecuali peria...
kurma ibarat keropok (ok x perumpamaan 2?) 10 biji xcukup

SIKAP YG MEMBUATKAN ANDA STRESS??



diri sendiri : terasa nk makan selalu...stress je nnti pk pasl nk makan ape... (^_^)
kwn2 : mengumpat,tp xnk tegur terus kpd org yg di umpat... tmbah dosa,tp org yg di umpat xberubah jgk,sbb xdi tegur oleh org yg mengumpat dia... (ok x ayat nie? maaf ye kalau pening)

sikap2 yang lain boleh dikawal =)

WARNA KEGEMARAN ANDA


of course putih. rose putih, tp xminat kasot puteh sbb nti cepat kotor...xnk warna puteh ku di cacatkan...(^_^)

BARANG YANG MESTI ADA DALAM BEG?


kad pengenalan, dompet,kad matric,buku catatan,pen,handphone sometimes


KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS

13 september 2009....nengok ceta kat OASIS...


khas untuk fatenadira tersayang....umum kpd semua yg membaca.....

Thursday, August 27, 2009

BERSAMAMU PALESTIN..DI SEBALIK KEHADIRAN SAYA

alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala..
kita masih lg merasa nikmatnya yg xdpt di balas dgn kata2 shj..

bagaimana iman kita hari ini? ada improvement? (^_^)
selalu lah update iman kita..
kadang2 kita tlupa pd ALLAH.. tak percaya?tepuk dada,tanya iman..

tsebut kisah...saya dan rakan2 ISMA pergi ke pusat dakwah negeri sembilan,
orang kata nk tambah ilmu dan menyumbang utk palestin..dapatlah tinjau2 jalan2 cket..

smpai di sana,kami ronda2 gerai2 yg sarat dgn barang2 ilmiah,palestin t shirt dan lain...
tiba2 sy terlihat buku yg menarik...
(mgkn orang lain nengok,xmenarik kowt cz caver xlawa mana =,=)
tp sy bkn lah org yg "judge the book by its cover..wee"
sy nengok yajuk bukunya....memg sy idam2 kn...

ni dia....BIO MEKANIK SOLAT...
KAEDAH KEMAHIRAN KHUSYUK MELALUI FITRAH BIOLOGI DAN TERAPI.

menarik kn...ya Allah,Kau bantu aku utk dpt kn cintaMU,,,,alhamdulillah...
memg mberi impak yg besar bg saya...
wpun dah tau kepentingan khusyuk,tp hakikatnya nk dpt knnya memg susah..
ibarat mencari ilmu,tp kena panjat gunung everest...dah smpai puncak,kena ribut,
xsempat nk tuntut ilmu...g2 lah...

banyak sgt kaedah tentang khusyuk dlm buku ni,
emm...tentang solat,semuanya bermula dgn wudhu'...adakah wudhu' kita sempurna?
betulkah niat kita betul? kekadang lupa dah niat ke belum.. =,=

1 fakta yg dikongsi...jika kita dah basuh muka contohnya..air wudhu' nya akan menitik nitik kn..?
jika semasa kita nk tadah air utk basuh muka kali kedua tp air yg menitik 2 tcmpur dgn air baru,
maka tidak sah solat (betulkan jika salah)

air jgn lah mebazir...
ada yg gunakan berlebihan,mcm nk padam 1 klcc yg terbakar (hiperbola)
berpada2,,,nk jd kwn syaitan? ikotlah bisikannya..pasti jd top fwen...

bg post akan dtg,kita bincangkan ttg khusyuk solat pula yaa..tunggu..
sabar itu separuh dr iman...

Monday, August 24, 2009

tinta hitam dari hati kecil...



orang ckp... :

  • xpelah kalau setakat msg,bkn jmpa pn,,xde masalah lah..bkn wat maksiat pn.
  • eh,nk tau x...tp lelaki 2 senyum kat akulah...dia mintak nombor.hensem plak 2.
  • apelah kolot sgt.bkn aku pegang tgn dia pn.stakt bg gmbr,hantar comment kat page dia..bkn nye wat pape pn..kalo call pn,bkn aku wat pape pn..xpenah aku tau pasl kalo call borak2 kosong je.bkn ceta pasl cintan2 nie.
Ha,ape kata ISLAM?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

ianya patot dijauhkan melainkan :

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

  1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.

  2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

  3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.

  4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar.

  5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.

  6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.

  7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.

  8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.

  9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.

  10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.

sahabat yg dikasihi,sedarlah bhw,maksiat hati tkadang menguasai jiwa dan fikiran kita,,,jagalah hatimu,agar tidak dikotori oleh nafsu yg mbakat diri..

tegaskan pendirian mu...jg lah akhlakmu..



p/s:jika antum nk kn maklumat lajut,layarkan diri di sini (^_^)

http://remajaisma.wordpress.com/2009/07/10/ikhtilat/

Sunday, August 23, 2009

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan..hanya btahan lapar dan minum shj?



marhaban ya ramadhan

kedatangannya dinantikan,
ketiadaannya dirindukan,

pemergiannya ditangiskan...

ahlan wasahlan syahr Ramadhan..


TAQWA yang bakal digenggam oleh semua mukmin
apabila menyambut kedatangan Bulan Ramadhan dengan puasa
yang telah disyariatkan sepertimana firmannya dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa

Ramai manusia beranggapan...
"aku puasa,xmakan,xminum,cukuplah,
dapat pahala puasa jgk,ape nk risau"

hakikatnya,bulan ramadhan adalah bulan di mana
kita sbg umat islam perlu menahan segala nafsu
yg di larang pd bulan penuh barakah ini...

cth: makan,minum,mengumpat,mcaci,mengata,mencuri, byk lg contoh yg boleh mengurangkan pahala puasa.. sia sia lah puasa jika tidak tahan dgn semua nafsu jahat ini... lebih2 lagi jika dekat nk raya, masa 2 lah nk shopping...ala ala mega sale... lupa bhw pbaziran akan blaku...



basic nya bila kita belajar di sekolah dulu,
ini perkara yg boleh mbatalkan puasa.
ini dia (^_^)

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
  • Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
  • Bersalin
  • Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
  • Kedatangan haid bagi perempuan
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
  • Murtad

tp apa yg penting ialah,jauhi perkara yg boleh mengurangkan pahala...

krn tkadang kita lupa akannya

selamat beramal :)